Tuesday, January 6, 2015

Kau Takde Life ke?

"Ko ni aku tengok keje post pasal melukis je. Takde life eh?"

uihhh..sentap. Itulah tajuk bebelan untuk hari ni. Aku terbaca status kawan aku kat fesbuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap statement kurang sensitif seperti di atas. Di situ kepala aku ligat rewind tatkala mana aku turut dilontarkan ayat sedemikian suatu ketika dahulu..

Cmon mann. Semua orang ada preference diorg masing-masing. Ada orang suka post gambar selfiee 24/7.. ada yang suka post gambar makanan 24/7...ada yang suka post gambar baby diorg 24/7..ada yang suka post gambar berkepit dengan husband 24/7..ok ok ayat-ayat nampaknya sudah berbaur ke-jeles-an dan..eh? sentap kah? ( ͡ ͡° ͜ ʖ ͡ ͡°) dan yang lagi best yang tak pernah post pape.."ko hidup lagi tak" literally takde life terus

So So...jksajskajksajks..wei sat awat tetiba font lari ni..

Ha..eh xok lagi

Ha...ok da kan? okeh sambung. So adakah orang-orang yang post gambar selfie,gambar makanan, gambar baby sokmo takde life?

"wei, lek r tak kan semua nak post kat fesbuk"

..kan? habis tu kenapa nak judge orang lain punya minat semata-mata kerana anda tak berkenan dengan apa yang orang tu suka?

Oleh kerana aku rasa font ni masih tak ok. Aku hentikan bebelan ini di sini saja dengan nasihat

Hormatilah masing-masing punya citarasa..tak semua benda kita nak cerita kat media sosial

Assalamualaikum..~