Thursday, April 25, 2019

Sabah bah: Dokumen Perjalanan Terhad

Assalamualaikum...

Kononn je jemah last time nak aktif ber blog tapi ke laut jugak. Hahaha. Memang betul selang pat lima taun baru ada update blog ni.
.
Alkisah nya sisturr sekarang dah setahun bermukim kat sabah lepas kahwin sebab husband kerja kat sini. Tukar karier jadi surirumah sepenuh masa la pulak. Kadang2 rasa inferior la jugak bila orang tanya “doktor jugak ke?”...tapi husband sis gigih bagi moral support dengan menyatakan bahawasanya sis ini ex engineer and ada master in engineering. Elite neet dalam bahasa weaboo nye lol
.
So back to the topic, sebab masuk sabah ni sape yang sedia maklum rakyat semenanjung akan dapat satu slip permit gitu yang akan expired lepas 3 bulan. Kiranya korang cuma boleh stay 3 bulan jela melancong kat sabah ni. Tapi andai kata nak dok lama atau keje kat sini korang kena buat dokumen perjalanan terhad. Dia lebih kurang cam border pass la. Validity dia selama 5 tahun.
keranamu ku ibarat pati di bumi sendiri

.
Sis ni sebab tau tak selamanya menetap kat sabah so sis plan nak balik jela semenanjung selang 3 bulan. Sambil melawat family sambil renew slip permit tu giteww. Tapi tapiii rezeki Allah nak bagi sis pregnant pulak. Dalam 4 bulan pregnant tu ada lagi balik semenanjung. Tapi bila perut dah sarat risau pulak nak naik flight. Maka expired lah permit itu lepas tak balik semenanjung 3 bulan. Kan dah tak sepasal jadi pati di bumi sendiri..hahaha
.
So lepas dah berjaya melahirkan cahaya mata baru la tergedik nak pi buat pasport biru tu. Disebabkan carian google sangat tak membantu maka dengan itu sis karangkan blog ni untuk tolong mereka2 yang buntu macam sis. Sebab sis budak engineering so sis buat points summary je senang
.
Kes sis seperti berikut:

  • Housewife
  • Husband kerja hospital
  • Tak balik lepas 3 bulan sebab pregnant, tak berani naik flight
  • Slip permit masih disimpan rapi (walaupun ink dah pudar)
Sooo..dokumen yang diperlukan:
  1. Gambar passport background putih(pakai tudung hitam please)
  2. Salinan ic sekeping
  3. IC korang
  4. RM5
Gambo 4 keping RM12

Dah tu je. Sis buat passport biru ni kat imigresen Sandakan. Datang sorang2 (sebab husband jaga baby kat rumah) dalam pukul 8 pagi camtu hari jumaat. Ok la kena tunggu dalam 10 orang tapi dekat 2 jam jugak tunggu. Sebab sis dah expect benda tu so takde la nak hangin ke ape. Pegawai pun semua baik2. Sampai2 je sis terus ambik gambar dulu. Kat situ ada servis fotostat,amik gambar semua. Lepas dipanggil bayar time tu pukul 10.40am gitu risau gak kot diorg nak rehat dah tapi alhamdulillah kejap je dalam 20 minit passport biru pun dapat. Yay sis officially bukan pati lagi XD
.
TAPI KEJAP TAK HABIS LAGI
.
sebab sis surirumah, ada teringat kawan cerita yang dia pernah sangkut kat airport sebab kena cop something. Husband pun pernah kes yang sama. So sis awal2 tanya diorg ada benda lain lagi tak kena buat untuk elak sangkut kat airport. So ceritanyaaa
.
Kalau korang kerja sana, minta surat dari H.R untuk nyatakan yang korang bekerja di sabah
Untuk sis pulak, kena minta hospital abam sis buat surat yang sis dah berkahwin dan menetap di sabah ikut suami. Cenggitu la lebih kurang. Then pegawai tu ada bagi satu borang. Next time datang bawa surat, borang dan passport biru sis dan husband untuk diorg cop. Haa time tu baru betul setel
.
Walaupun tak fully setel lagi tapi lega jugak la at least passport biru dah dalam tangan. Takde la rasa bersalah sangat duduk kat sabah ni. Sedih tau cite ni. Sobs
.
Dengan itu sis harap blog ni bermanfaat la kat sape2 kat luar sana. Jumpa lagi 5 tahun kemudian. 
Assalamualaikum

Trivia1:
Tahukah anda yang anda boleh menggunakan passport merah untuk masuk sabah so tak perlu ambil pas permit sekeping yang bila2 boleh terkoyak dan hilang itu

Trivia2:
Tahukah anda borang dokumen perjalanan terhad dalam website imigresen tu cuma boleh guna untuk lanjutan sahaja