Thursday, April 25, 2019

Sabah bah: Dokumen Perjalanan Terhad

Assalamualaikum...

Kononn je jemah last time nak aktif ber blog tapi ke laut jugak. Hahaha. Memang betul selang pat lima taun baru ada update blog ni.
.
Alkisah nya sisturr sekarang dah setahun bermukim kat sabah lepas kahwin sebab husband kerja kat sini. Tukar karier jadi surirumah sepenuh masa la pulak. Kadang2 rasa inferior la jugak bila orang tanya “doktor jugak ke?”...tapi husband sis gigih bagi moral support dengan menyatakan bahawasanya sis ini ex engineer and ada master in engineering. Elite neet dalam bahasa weaboo nye lol
.
So back to the topic, sebab masuk sabah ni sape yang sedia maklum rakyat semenanjung akan dapat satu slip permit gitu yang akan expired lepas 3 bulan. Kiranya korang cuma boleh stay 3 bulan jela melancong kat sabah ni. Tapi andai kata nak dok lama atau keje kat sini korang kena buat dokumen perjalanan terhad. Dia lebih kurang cam border pass la. Validity dia selama 5 tahun.
keranamu ku ibarat pati di bumi sendiri

.
Sis ni sebab tau tak selamanya menetap kat sabah so sis plan nak balik jela semenanjung selang 3 bulan. Sambil melawat family sambil renew slip permit tu giteww. Tapi tapiii rezeki Allah nak bagi sis pregnant pulak. Dalam 4 bulan pregnant tu ada lagi balik semenanjung. Tapi bila perut dah sarat risau pulak nak naik flight. Maka expired lah permit itu lepas tak balik semenanjung 3 bulan. Kan dah tak sepasal jadi pati di bumi sendiri..hahaha
.
So lepas dah berjaya melahirkan cahaya mata baru la tergedik nak pi buat pasport biru tu. Disebabkan carian google sangat tak membantu maka dengan itu sis karangkan blog ni untuk tolong mereka2 yang buntu macam sis. Sebab sis budak engineering so sis buat points summary je senang
.
Kes sis seperti berikut:

  • Housewife
  • Husband kerja hospital
  • Tak balik lepas 3 bulan sebab pregnant, tak berani naik flight
  • Slip permit masih disimpan rapi (walaupun ink dah pudar)
Sooo..dokumen yang diperlukan:
  1. Gambar passport background putih(pakai tudung hitam please)
  2. Salinan ic sekeping
  3. IC korang
  4. RM5
Gambo 4 keping RM12

Dah tu je. Sis buat passport biru ni kat imigresen Sandakan. Datang sorang2 (sebab husband jaga baby kat rumah) dalam pukul 8 pagi camtu hari jumaat. Ok la kena tunggu dalam 10 orang tapi dekat 2 jam jugak tunggu. Sebab sis dah expect benda tu so takde la nak hangin ke ape. Pegawai pun semua baik2. Sampai2 je sis terus ambik gambar dulu. Kat situ ada servis fotostat,amik gambar semua. Lepas dipanggil bayar time tu pukul 10.40am gitu risau gak kot diorg nak rehat dah tapi alhamdulillah kejap je dalam 20 minit passport biru pun dapat. Yay sis officially bukan pati lagi XD
.
TAPI KEJAP TAK HABIS LAGI
.
sebab sis surirumah, ada teringat kawan cerita yang dia pernah sangkut kat airport sebab kena cop something. Husband pun pernah kes yang sama. So sis awal2 tanya diorg ada benda lain lagi tak kena buat untuk elak sangkut kat airport. So ceritanyaaa
.
Kalau korang kerja sana, minta surat dari H.R untuk nyatakan yang korang bekerja di sabah
Untuk sis pulak, kena minta hospital abam sis buat surat yang sis dah berkahwin dan menetap di sabah ikut suami. Cenggitu la lebih kurang. Then pegawai tu ada bagi satu borang. Next time datang bawa surat, borang dan passport biru sis dan husband untuk diorg cop. Haa time tu baru betul setel
.
Walaupun tak fully setel lagi tapi lega jugak la at least passport biru dah dalam tangan. Takde la rasa bersalah sangat duduk kat sabah ni. Sedih tau cite ni. Sobs
.
Dengan itu sis harap blog ni bermanfaat la kat sape2 kat luar sana. Jumpa lagi 5 tahun kemudian. 
Assalamualaikum

Trivia1:
Tahukah anda yang anda boleh menggunakan passport merah untuk masuk sabah so tak perlu ambil pas permit sekeping yang bila2 boleh terkoyak dan hilang itu

Trivia2:
Tahukah anda borang dokumen perjalanan terhad dalam website imigresen tu cuma boleh guna untuk lanjutan sahaja

Sunday, May 15, 2016

YOLO!: TOKYO Part 2


Day 2:
Disebabkan kitorg tak buat itinerary awal2, so setiap malam kitorg ada rutin untuk tengok peta dan plan nak pegi mana. Hari ke-2 kitorg decide untuk explore Akasuka. Oh, tuan rumah kitorg jugak ada sediakan pocket wifi. So memang kitorg pakai yang tu je untuk internet. Laju lak tu. Make sure power bank full jela



Masa ni salah platform tunggu train. Patut semacam je orang lain tengok..situ xde train lalu pun. Orz
Terbuang masa lama jugak sebab tunggu train xkunjung tiba. Pelik gak sebab selalu orang cakap train kat jepun ni sharp! Masa tepat sampai. Padahal kitorg yang duduk salah platform. So kalau agak2 korang punya train lambat atau tak sampai2 tu faham2 la kebarangkalian korang sebenarnya dok kat platform yang salah. hahahaha

Lepas berjaya naik train yang betul, kitorg transit lagi sekali kat stesen Omiya untuk ke Ueno. Aim kitorg adalah sakura hanamiii kat Ueno park. miahahaha..unfortunately entahla..orang ramai sangat ke menyebabkan suhu meningkat atau kitorg yang dah terlamat, bunga2 sudah layu berguguran ;w; Then kitorg blah dari situ and gigih JALAN KAKI sejauh 2.7km untuk ke Asakusa. Fuhh hilang lemak 2.7kg//bricked
mari stalk orang berdatingg

saja nak tayang kesungguhan padahal lek je
Sepanjang dok jalan2 tu lengang je jalan die. Curious lak aku mana pegi semua orang. Oh and even jalan belakang rumah, bersih ya amat. Cuma scary la sebab lengang semacam. Sampai je Asakusa baru la nampak ramai orang. Sebab perut pun dah lapar kitorg ingat nak try kedai sushi halal area ni. Nak la try jugak sushi ori dari Jepun kot2 lagi sedap dari Sushi King kan.
.
.
.
Tapi kedai tutupp wuuuu. Dekat2 time dinner kang baru die bukak. Maka kitorg singgah 7eleven beli onigiri untuk lapik perut. Sadis lak rasa nak makan takde tempat duduk. Kitorg nyorok dalam area naik train tu untuk nomnomnom dulu. Lepas dah kenyang baru sambung jalan2. Dekat Nakamise street ada market untuk beli sobinier bagai. Tapi barang kat Jepun of kos mahal nye bertingkat2..sobs. Mampula beli dulu sobinier untuk family terchenta

Di belakang sana kelihatan berdirinya Tokyo skytree
p/s: opismate bengang aku xde baju lain pakai gi berjalan
ohhh begini rasanyaa hatiku sengsaraaa~

Then lepas siap beli sobenier sikit kitorg pegi balik kedai tadi. Yayy dah bukak. Tapi sendiri takut nak masuk. Hahaha. Disebabkan ini trip YOLO! so kitorg YOLO! masuk kedai. Kedai die kecik je, dua tingkat. Luckily ada sorang minah mat saleh keje waiter situ boleh speaking. Eventho kedai tu halal tapi diorg still serve beer. Then sebab kat bawah dah penuh, waiter tu mintak kitorg dok kat atas, ade partition jadi cam bilik. Dalam tu ada 2 meja. Dalam hati aku "hmm hmm bagus gak maybe dia nak asing kitorg dengan yang minum beer takut tak selesa".......

saya admit saya cewi sekejap

untillll.............................




Saturday, May 14, 2016

YOLO!: Tokyo Part 1


Assalamualaikum salam sejahtera membuka bicara mencuci habuk dalam blog//kicked

Sekian lama tak bukak lato..*laptop* see huruf 'p' pun kena pakai virtual keyboard..demit.
Walaupun aku update blog ni umpama 5 tahun sekali tapi aku tetap berbangga sebab blog ni masih wujud nonetheless.
.
.
Masa berlalu~tanpa ku menyedari~ dah nak cecah digit 3 tak lama lagi..*sigh
Banyak benda bodoh dan benda bijak yang aku dah lalui. But im still standing so i guess all is well

Terpikir lak kenapa nak tulis blog, mungkin sekadar tempat sharing tanpa pedulik ada orang nak baca atau tidak
Mungkin jugak untuk rujukan masa akan datang
hmm...

But yeah, tajuk blog ni khas untuk catat trip yang dari kecik aku angankan.
JEPUN!
Tatkala semua rakan sebaya sibuk fikir hal2 kenduri dan anak, aku decided untuk YOLO!
*ayat sedapkan hati* like seriously, aku even dah beli tiket untuk ke Australia and New Zealand masa tu. Tapi yang tu cerita dalam post lain kot..kalau rajin
Bersama rakan seperjuangan; Ain ;kami redah beli tiket ke Jepun dengan airflight ANA
Kami plan untuk pergi dalam bulan April sebabbb nak tengok Sakuraaa..wheee
gambar wajib barangkali
Sebelum pegi Ain dah book rumah tempat tinggal kitorg menggunakan AirBnB. Boleh tahan senang gak guna apps ni. Ala2 homestay gitu. Waktu kat sana kitorg duduk kat prefacture Saitama.

Flight dari Malaysia ke Jepun amik masa dalam..8jam? Tapi sebab flight kitorg naik ni service die sangat bagus tak rasa boring sangat la. Makanan and entertainment ada*cough*tengok anime*cough*..tapi uh..cuak jugak bila tak berapa nak faham pelat peramugari jepun cakap BI ni..;w;
yakult dan jepun berpisah tiada
Sampai je airport belum mendarat lagi kitorg dah eksaited cewi nampak pokok sakura pink setompok-tompok dari atas. Lepas ambik luggage semua mula la nebes sebab nak kena cari internet and kad Passmo/Suica untuk naik train. Kad ni macam kad touch n go gtu
kat mesia xde jual touch n go mcm ni
Dekat 5 minit dok belek mesin tu akhirnya kitorg berjaya beli tiket Passmo kitorg. Nexttt cari train nak ke Saitama. Ni satu hal lagi clueless nak naik platform mana. Hahaha
Tapi jangan gusar pakcik gugel kan ada. But first we need internet, luckily airport ada tenet. Fuhh
Simcard berlambak jual kat vending machine tapi atas masalah teknikal kitorg tak pakai pun simcard tu..orz
p/s: make sure korang tahu saiz simcard phone korang makro?nano? bila nak beli kat mesin 
vending machine jual simcard. Simcard cover semua cun2
So untuk naik train dan nak tahu naik platform mana..guna lah pakcik gugel map, sesungguhnya ia membantu. TAPI lagi membantu sedara jepun pakcik gugel map korang bolehla install app Japan Travel. Dari situ boleh tahu nak naik train platform mana and pukul berapa train sampai
*tapi sebenarnya kitorg byk kali gak salah naik train. ahahaha

confident face pose

Sambil menikmati pemandangan yang indah, train kitorg dalam sejam lebih jugak untuk sampai Saitama. Pastu kena transit jugak dulu kat station Omiya tukar train pegi Iwatsuki sebab rumah kitorg duduk kat situ. Sampai time tu dah dalam pukul 5pm dah nak gelap. 

Owner rumah; Hiroshi gitau kitorg boleh masuk rumah terus and die bagi password untuk kunci main door. (Aku lupa camne Hiroshi contact Ain time ni..roaming kot).Rumah kitorg duduk tu atas kedai tempat die keje..kedai baju sekolah. Seifuku comel gle tapi tak berkesempatan nak singgah jenguk kedai die ;A; 
Rumah compact tapi lengkap

Jamban ini terlalu comel untuk digunakan. Ada sink atas tu 

ada mesin basuh
ni heater bawah karpet. sebab xenah pakai so sgt jakun. Best kot lepak kat karpet time sejuk2

.....to be continued part 2





Tuesday, January 6, 2015

Kau Takde Life ke?

"Ko ni aku tengok keje post pasal melukis je. Takde life eh?"

uihhh..sentap. Itulah tajuk bebelan untuk hari ni. Aku terbaca status kawan aku kat fesbuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap statement kurang sensitif seperti di atas. Di situ kepala aku ligat rewind tatkala mana aku turut dilontarkan ayat sedemikian suatu ketika dahulu..

Cmon mann. Semua orang ada preference diorg masing-masing. Ada orang suka post gambar selfiee 24/7.. ada yang suka post gambar makanan 24/7...ada yang suka post gambar baby diorg 24/7..ada yang suka post gambar berkepit dengan husband 24/7..ok ok ayat-ayat nampaknya sudah berbaur ke-jeles-an dan..eh? sentap kah? ( ͡ ͡° ͜ ʖ ͡ ͡°) dan yang lagi best yang tak pernah post pape.."ko hidup lagi tak" literally takde life terus

So So...jksajskajksajks..wei sat awat tetiba font lari ni..

Ha..eh xok lagi

Ha...ok da kan? okeh sambung. So adakah orang-orang yang post gambar selfie,gambar makanan, gambar baby sokmo takde life?

"wei, lek r tak kan semua nak post kat fesbuk"

..kan? habis tu kenapa nak judge orang lain punya minat semata-mata kerana anda tak berkenan dengan apa yang orang tu suka?

Oleh kerana aku rasa font ni masih tak ok. Aku hentikan bebelan ini di sini saja dengan nasihat

Hormatilah masing-masing punya citarasa..tak semua benda kita nak cerita kat media sosial

Assalamualaikum..~




Tuesday, December 30, 2014

Directly Rants After 4 years

Ohhoii~~ tomorrow already entering 2015. mma--i-ka..Here i am come again just to rant and stuff

Firstly, lets talk about FACEBOOK PAGE

yes we have enter that era where everyone wanted to be famous for reason. I wonder why..because we feel much secure looking at number of likes? Supporter of what we are doing perhaps?

Currently, my Facebook is filled with this two stuff : Arts and Cosplay community. Yes, that two areas..in a way needs supporter or else it probably just done for self satisfaction (which is good)

Oi bila nak masuk point ni?
.
.
....ok2 nak masuk dah la ni

So i was wondering..why i am so bothered at the fact where someone new/not even good at it making a Facebook page? admit it, not just me..i think most of us goes "uh..why do you even make page..its not even worth to see"..no?

Jealousy ka?

Rivalry feels?

or simply you are that high and mighty?heh

Beholdd imma holier than thouu//slapped

Therefore i come to the point where, hell let them just do whatever page they wanted. Good or not what is the matter? Not that they asked you to pay to see, what is this black seed in my heartt. gosh

It will come to some point later, they will gradually improve..or tired out and left it as it be.

That is rants for today. Thank you for reading if you ever did.

..sigh


Sunday, August 21, 2011

Blog Berhabukkkkkkkkk!!!!uhuk2

Salam and Hi,
Dah lama sangat tak tulis blog,kesian beliau.Feeling Neglected bak status ikan2 dalam game Insanquarium.
Ingat nak upload kartun2 yang da lukis sejak tinggalkan blog ni berhabuk. Takde pape menarik dalam hidup aku selain melukis sepanjang cuti nih. Nak raya pun xde semangat =_=''

Enjoy mah crappiness:

Asami_points commish by ~kittycatstudio on deviantART

You're mine_Point commish by ~kittycatstudio on deviantART

Matryoshka by ~kittycatstudio on deviantART

Velluchi's OC by ~kittycatstudio on deviantART

Sunday, June 5, 2011

Journey to the Bangkok- Day 1&2 (warning: picture overload)

Salam...

1Jun hari tu aku bertolak pegi Bangkok, Thailand..so nak cerita skit pengalaman sepanjang percutian nih..=)

Day 1:
Bertolak dalam pukul 9pagi, then cop paspot kat kastam. Masa diambil untuk sampai ke kastam dari rumah dalam 30minit kot..So,ada 2family yang join travel kali nih..total 11 orang. Kami tak pegi ngan kete tapi sewa van+driver van untuk bawak kami. Tapi bukan under travel agency yang pakej2 tu la..

paspot fresh from the jabatan imigresen
van itu
Pastu lepas je dari kastam, van singgah padang besar belah Siam untuk sesape yang nak pegi tukar dwet .Then kami naik van sampai dekat2 dengan Songkhla dah nak pukul 1 camtu kami pun brenti la lunch. Lunch kat gerai antara 2 bangunan..Haaa....dapat bayangkan x? lol

padang besar

karok siam..ada bran?

ini nasik ayam...versi siam
Then adela dalam 13jam perjalanan, kami pun sampai Cha Ang(yeke cenggitu eja?) and bermalam kat situ. Homestay yang murah, 1bilik besar la jugak rm40 semalam. Aku tak ingat lak nama homestay tu ape. =_=''

kat stesyen minyak..sape phm ape simbol ni cuba sampaikan?

poi bsama nset barunye cubaan mencari wifi 



homestay

Day 2:


Pukul 7pagi da kena bangun sebab nak pegi floating market..Sadok ke hape diorg panggil..Masa diambil..sejam?2jam? ''orz..ni la akibatnya kalo xcatat mende nak tulis awal2
Sampai je situ kami breakfast dulu. Floating market ni ialah tempat orang2 berniaga atas perahu kat sungai, yang mana kiri kanan tebing tu pun ade kedai gak. Tapi sini pun sesak wehhh..macam kena pasang traffic light je aku tengok.Perahu asek eksiden, nasib tak terbalik je.

brekfes pagi itu : Pad Thai n Cha Yen
Pad Thai nih macam koey teaw tapi lagi kecik..and sedap gak. Macam kerabu yang ade koey teaw. Air yang selalu oder kalo gi Siam plak ialah Cha Yen a.k.a teh ais..hahaha. Teh ais kat sini rasa susu yang lbey. Sape ske minum manis ok la..

Then kami sewa bot untuk round2 soping kat floating market tu. Nak sewa perahu/bot ni pun leh tawar menawar tau.haha. Satu bot sejam...RM??..nanti aku update,lupa plak

bakso bakso XD

adik yg keje tertarik ngan smua mainan

Saduak..ooo

itu topi mak saya yg punya..haha
Habes sejam (aku tak rasa cam sejam pun), kami pegi next place. Tempat jual batu..bukan batu bata ea,batu cam gelang rantai smua tu and ade keteapi gak...weii pasaipa aku tak ingat nama tempat niiiii??? ''OTL

pilih2 mana yang berkenan di hati

rambang mata tengok

even saya xdak dslr, gamba saya poyo mcm ade dslr


track lama ni, dgunakan zmn jepun dulu

tapi diubahsuai utk tarikan pelancong

jauh la jugak dia bawak, lintas River Kwai

cross sungai

Lepas semua da bersoping cincin2 onyx bagai, kami pun memblahkan diri ke next location

nak kiri ke kanan?konpemla tourist phm yg kiri je..sengal

rumah/kedai atas air
Then sambung perjalanan lagi, pejam, celik, terlena, main game, bgaduh ngan adik adela sampai 4jam kami pun sampai la jugak ke tempat yang bernama Bangkok...pheww
Haa..untuk pengetahuan tuan2 dan puan2, aku tak tau pun hape tentatif program ni, main redah je, memula ingat nak check in hotel, sekali pegi dinner atas cruise..pehh..river cruise along Chao Phraya river..xbley bla tul


muka lapo

ekau explain bahasa Siam ado den nak phm.tenggolam den siap ekau


mknn..xsedap pon~

300 meter tinggi

row row row your boat



akhirnya bawah jambatan itu
Siam atas kapal tu hingaqla prong prang prong prang explain, Kok ye pun cakapla bahasa omputeh, paham la jugak aku nak mendengonye..ni bantai cakap Siam..adess..tambah plak lagi ngan kehadiran kanak2 tlbey gula, memang pencemaran bunyi btolla..

cantik gakla pmandangan die..lagi cantik kalo org tu senyap

Naik kapal ni satu pale rm15 tak termasuk makanan, tapi bosannye tahap dewa..adela 4jam gak dok cruise atas kapal tu..sangat2 bosan, keje layan tengok bangunan plek2 kat situ jela..

OK, stop dulu..ade orang dah cemuih. Til next entry..ciao